Kebun di Kampung Pulau Manis
August 30th, 2009 by terunatunggalKeluargaku mempunyai sebuah kebun yang kini terbiar.Kali terakhir kami melawat kebun ini adalah ketika aku masih di sekolah rendah. Kenape nyer.? Ini kerana sudah tiada jalan lagi untuk pergi kesana. Jalan ke kebun telah terhalang . Kebun keluargaku ini sebenarnya terletak ditengah beberapa kebun orang lain. Jika mereka memagar kebun mereka so kami pun tidak dapat masuk lagi.
Ada beberapa perkara manis dan pahit yang saya alami diketika dikebun ini. Pergi kekebun ini pun adalah sesuatu yang manis untuk dikenang. Biarlah saya cerita bermula dengan parking kereta ditepi jalan berhampiran kebun keluargaku. Jarak dari tempat parking ke kebun adalah lebih kurang 1 km lebih. Keluar sahaja daripada kereta terlihat kehijauan dan kesegaran suasana sekeliling. Sememangnya tempat lahir arwah nenekku ini adalah tempat yang subur dan sesuai untuk tanaman seperti duku. Biasanya kami akan datang sekeluarga dengan membawa makanan untuk bekalan setelah penat bekerja. Cam ala-ala berkelah sekeluargalah tapi tak la cam taman rekreasi. Aktiviti riadah disini adalah menebas, menebang dan mengambil buah duku. Klu nak kekebunku juga terpaksa melalui laluan sempit dan penuh dengan pacat. Kitorang terpaksa mencepatkan langkah klu x pacat kenyang ler. Kira adventure jugala nk kekebun keluargaku ini x yah nk pergi ke gunung tahan, kebun keluargaku dah kira penuh pacat. Korang nak rase pacat sini memang tempat yang sesuai. Nasib baik la kebun keluargaku takde pacat sangat. Mahu nak menjerit ada ar.
Sampai je kira dah lega. Tinjau2 dulu aper yang problem. Semak tinggi kena tebas. Pokok tak sepatutnya kena tebang. Tapi problem yang pelik skali kenapa pokok yang dulu berada dalam pagar kebun dah jadi luar pagar. Tuan kebun sebelah nie saje nak cari pasal tapi arwah abahku biarkan saja. Kitorangpun tak kenal siapa mereka. So masalah ini dibiarkan dulu. Nak dijadikan cerita, klu nak menebang pokok tu, aku jadi bersemangat. Sampaikan berebut parang dengan arwah abah untuk menebang. (pokok tak besar just sebesar tanganku diameternya.). Arwah abah bagi dan aku main seronok skali. Tapi sebenarnya keseronokan tak berpanjangan. Pengalaman pahitku disini bermula. Time aku menebang pokok, tiba-tiba rasa sakit di bahagian mulut. Menjerit tapi tak terkeluar kata2. Suaraku hilang tak semena2nya dengah entah kenapa. Arwah mengiringku ketempat alas makanan. Ma (Emak) memberi aku minum air tapi suara masih belum pulih juga. Akibat kemalangan yang menimpaku, keluargaku memutuskan untuk pulang sahaja walaupun aktiviti tidak siap. Arwah abah dan ma menghantarku berjumpa arwah tokki ku. Arwah Tokkiku sememangnya seorang bomoh ubat. Beliau biasa membuat air minum untuk deman, ubat makjun dan serbuk kesihatan. Beliau bertanya apa masalah dan chek nadi di tanganku. Kemudian membuat ubat untuk minum. Beliau mengatakan mungkin apa yang berlaku disebabkan oleh muntahan ular tedung yang masuk dalam mulutku. Pasrah je aku mendengarnya. Memang tak sanggup aku nak menjadi orang yang bisu. Aku hanya mampu berdoa dan minum ubat. Alhamdullilah, setelah minum air ubat, suaraku pulih kira2 3 hari kemudian.
Begitu ler al-kisahnya. Sekarang Kebun tu terabai begitu sahaja disebabkan tiada jalan masuk. Kebun tu kini seolah2 tidak wujud lagi dalam ingat keluargaku dan tidak disebut2. Tapi dek peristiwa suaraku hilang, kebun nie sentiasa dalam mengingatku. Namun aku berharap hal kebun ini dapat dibincangkan dalam keluarga kerana berkongsi kenangan adalah sesuatu yang menarik.
Sekian.